7
"Jika anda tidak mencari cara untuk menghasilkan wang semasa anda tidur, anda akan terus bekerja sehingga anda mati.”
Warren Buffet
Dengan bantuan dari Citi Pro Management, anda kini berpeluang memulakan pelaburan hartanah tanpa keluar duit sendiri. Kami akan bantu anda dahulukan modal untuk memulakan pelaburan. Segala kos-kos membeli rumah seperti bayaran muka, bayaran peguam hartanah, bayaran insurans akan didahulukan oleh kami. Kami akan dahulukan modal untuk segala kos-kos yang terlibat dari awal pembelian sehingga lah akhirnya anda dapat rumah.
Setelah dapat rumah maka kami sediakan pula subsidi bulanan supaya anda dapat bayar semula pembiayaan hartanah tanpa guna duit sendiri. Anda tidak akan menghadapi masalah untuk membayar semula pembiayaan bank kerana subsidi ini telah tersedia untuk anda gunakan untuk bayar semula pembiayaan bank.
Permintaan sewaan yang tersedia ada memudahkan kami untuk menyewakan rumah anda. Anda tidak perlu lagi mencari penyewa setelah ada rumah untuk dapatkan duit tiap-tiap bulan untuk bayar semula pembiayaan bank. Kami akan dapatkan penyewa untuk sewa rumah anda dan anda boleh gunakan duit sewaan daripada penyewa ini untuk bayar semula pembiayaan bank tiap-tiap bulan.
Ini adalah salah satu cara untuk anda dapatkan tunai. Sebenarnya tunai ini adalah sebahagian daripada duit yang anda terima daripada pembiayaan bank untuk pembelian hartanah anda. Oleh kerana pembiayaan bank anda dibayar oleh sewaan dan subsidi daripada syarikat yang anda terima tiap-tiap bulan maka tunai ini anda tidak perlu bayar semula guna duit sendiri.
Anda tidak perlu susah hati menguruskan penyewa rumah yang datang dengan pelbagai karenah. Serahkan sahaja kepada kami untuk uruskan penyewa anda bermula dari langkah pertama penyewa memasuki rumah anda sehingga tamat tempoh mereka sewa rumah anda. Kami akan uruskan segala-galanya dengan penyewa rumah anda daripada sekecil-kecil perkara sehingga lah yang melibatkan perkara besar yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pelanggan kami.
Kami akan lengkapkan rumah anda dengan segala peralatan dan kemudahan tanpa anda keluar duit sendiri untuk menarik perhatian penyewa menyewa rumah anda dengan segera. Semuanya kami uruskan sendiri tanpa anda keluar duit sendiri dan tanpa memerlukan komitmen anda. Kami akan lengkapkan rumah anda dari bahagian dapur, bilik tidur, ruang tamu, bilik air, pasang “aircond”, pasang “water heater”, pasang langsir dan lain-lain juga.
Oleh kerana rumah ini adalah milik anda sepenuhnya maka anda boleh jual rumah ini pada bila-bila masa apabila harga rumah telah melebihi baki pembiayaan bank dan anda dapat untung 💯% daripada beza harga jualan dan baki pembiayaan bank yang tinggal.
Rumah yang kami dapatkan untuk pelaburan rumah anda adalah rumah yang telah siap 100% terletak di kawasan yang matang dari segi kemudahan infrastruktur dan pengangkutan supaya mudah untuk cari penyewa dan mudah untuk dijual semula apabila harga rumah telah menguntungkan.
Ini adalah peluang untuk mereka yang namanya telah tersenarai dalam AKPK atau yang telah disenarai hitam oleh bank untuk “bersih”kan nama dan memiliki hartanah.
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat lain dan sekiranya permohonan anda lulus setelah dianalisa maka kami akan lunaskan AKPK dan pinjaman-pinjaman anda yang disenarai hitamkan terlebih dahulu sebelum dapatkan pembiayaan bank untuk belikan rumah anda.
Di sini kami ingin kongsikan kepada anda peluang yang menarik dalam bidang kewangan dan hartanah termasuk pembiayaan bank.
Anda sedang mencari bantuan kewangan, atau ingin mendapatkan pembiayaan bank sama untuk peribadi mahu pun untuk perniagaan atau membeli rumah sama ada tinggal sendiri atau pelaburan?
Jika ya, anda berada di tempat yang betul.
Kami adalah sekumpulan pakar kewangan dan hartanah yang terlatih dengan baik dan berpengalaman lebih 15 tahun untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan mudah.
KewanganHartanah.Com adalah usahasama di antara Ezpayment Solution dan Citi Pro Management Sdn. Bhd.
Sila hantar dokumen profile kewangan anda dengan lengkap kepada kami untuk kami semak dan analisa secara komprehensif dari segi pendapatan, komitmen, kos sara hidup, masalah CCRIS dan CTOS, status AKPK dan lain-lain.
Jika anda layak memohon setelah dianalisa maka kami akan sediakan kertas cadangan yang akan paparkan perincian bagaimana untuk selesaikan masalah kewangan anda tanpa keluarkan duit sendiri.
Kami akan bimbing anda cara untuk tingkatkan skor kredit dan tingkatkan persetujuan pinjaman daripada bank sebelum kami berunding dengan bank untuk dapatkan kemudahan bank bagi pihak anda.
Kami akan struktur semula kewangan anda dan uruskan pelaburan anda supaya anda dapat pendapatan pasif setiap bulan. Anda hanya satu langkah sahaja lagi menuju kebebasan kewangan.
Sekiranya anda mempunyai keperluan-keperluan berikut maka anda harus mempertimbangkan mendapatkan bantuan dari kami:
Kongsikan laman web ini kepada mereka yang memerlukan bantuan. Klik / Tekan pada mana-mana butang berkenaan di bawah: